Maklumat viral sakit perut tidak benar

Maklumat viral sakit perut tidak benar

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Kementerian Kesihatan telah menafikan menerima sebarang laporan mengenai isu yang melibatkan sakit perut seperti yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp.

Menurut jurucakap kementerian itu, maklumat yang disebarkan itu adalah tidak benar dan kesemua dalam keadaan seperti biasa.

Maklumat yang tersebar berkenaan menasihatkan orang ramai agar menghindar diri daripada minum air yang tidak bertapis dan tidak dimasak, malah mesej itu turut menjelaskan simptom-simptom termasuk diarea dan muntah jika meminum air tersebut, serta menasihatkan supaya minum air mineral dan tidak makan di luar.

ARTIKEL YANG SAMA