Maksud jadi wanita Islam sebenar

Maksud jadi wanita Islam sebenar

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Nov – Kumpulan Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali Kampung Sengkurong mengadakan Forum Perdana Bicara An-Nisa bertajuk Muslimah Transformasi Ummah di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara hari ini.

Forum antara lain membicarakan perkara penting berkaitan peranan Muslimah dalam perkembangan umah yang dibentangkan ahli panel forum terdiri daripada pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan juga penceramah.

Para panel ialah Pensyarah UNISSA, Dr Hajah Rose binti Abdullah, pelajar PhD dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan UKM Malaysia, Hajah Ummi Faezah binti Haji Abdul Rahman dan pelajar Sarjana dalam bidang Usuluddin, UNISSA, Dayang Siti Hurul-Ain Diyana binti Haji Abdul Majid.

Forum turut menyentuh mengenai pelbagai isu lain berkisar wanita Islam seperti kekeliruan tentang pemahaman atau maksud menjadi wanita Islam sebenar. Ia juga mentafsirkan maksud wanita Islam atau Muslimah serta peranan mereka dalam dunia moden.

Para panel yang membincangkan mengenai Muslimah Transformasi Ummah.
Para panel yang membincangkan mengenai Muslimah Transformasi Ummah.
Antara mereka yang hadir semasa Forum Perdana Bicara An-Nisa di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.
Antara mereka yang hadir semasa Forum Perdana Bicara An-Nisa di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

ARTIKEL YANG SAMA