Maktab Duli ingati 40 tahun penubuhan

Maktab Duli ingati 40 tahun penubuhan

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), hari ini, mengadakan Majlis Kesyukuran, Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena 40 tahun penubuhannya.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan (Pendidikan Teras), Dr Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan di Kementerian Pendidikan, dan mantan-mantan pengetua maktab tersebut.

Ketibaan tetamu kehormat telah dialu-alukan oleh Pemangku Pengetua Maktab Duli, Dayang Monaliza binti Haji Abdul Halim serta timbalan-timbalan pengetua.

Tetamu kehormat (3 kanan) di majlis doa kesyukuran sempena 40 tahun Maktab Duli.
Tetamu kehormat (3 kanan) di majlis doa kesyukuran sempena 40 tahun Maktab Duli.
Antara jemaah wanita yang turut hadir di majlis doa kesyukuran berkenaan.
Antara jemaah wanita yang turut hadir di majlis doa kesyukuran berkenaan.

Majlis yang dihadiri kira-kira 300 jemputan itu dimulakan dengan menunaikan sembahyang fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan surah Yasin, bertahlil dan bacaan doa kesyukuran sempena ulang tahun ke-40 tahun penubuhan Maktab Duli.

Maktab itu sebelumnya dikenali dengan nama Pusat Tingkatan Enam dan mula membuka pintunya kepada para pelajar mulai 1975 di kampus awal Pusat Tingkatan Enam di Jalan Muara.

Pusat itu kemudiannya telah berpindah ke lokasi sekarang di Gadong pada 1979 dan dinamakan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah pada 17 April 1986.

ARTIKEL YANG SAMA