Malakas hentam Jepun

Malakas hentam Jepun

TOKYO, 20 Sept – Insiden taufan di selatan Jepun telah menyebabkan banjir yang serius dan penerbangan telah dibatalkan.

Taufan Malakas melanda bahagian selatan pulau Kyushu awal pagi hari ini sebelum menuju ke timur sepanjang pantai Pasifik Jepun ke arah tengah Jepun dan Tokyo.

Angin kencang dan hujan lebat menumbangkan tiang elektrik dan membanjiri bangunan di bahagian Kyushu, selatan empat pulau utama Jepun. Ribut itu juga mengakibatkan lebih daripada 30,000 bangunan terputus bekalan elektrik.

Keadaan banjir yang menenggelami beberapa buah kereta di Nobeoka, Miyazaki, selatan Jepun kelmarin. Taufan kuat membawa hujan lebat di selatan Jepun. – AP
Keadaan banjir yang menenggelami beberapa buah kereta di Nobeoka, Miyazaki, selatan Jepun kelmarin. Taufan kuat membawa hujan lebat di selatan Jepun. – AP

Lima orang dilaporkan cedera, walau bagaimanapun tiada kecederaan serius dilaporkan, menurut Agensi Bomba dan Pengurusan Bencana.

Agensi Meteorologi Jepun berkata Malakas mempunyai angin yang berterusan secara maksimum 126 kilometer (78 batu) sejam dengan angin 180 kilometer sejam (112 mph). – AP

ARTIKEL YANG SAMA