Malam ASEAN meriahkan Sambutan Perayaan

Malam ASEAN meriahkan Sambutan Perayaan

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Kawasan lapang berhadapan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja di ibu negara, baru-baru ini, telah dimeriahkan dengan Malam ASEAN bertemakan ‘We Are One’, sempena meraikan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69.

Hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin.

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, KKBS, Hajah Fatimah binti Haji Aji dan juga duta-duta dan wakil daripada kedutaan negara ahli ASEAN di Negara Brunei Darussalam.

Tetamu kehormat bersama para jemputan yang lain hadir di Malam ASEAN.
Tetamu kehormat bersama para jemputan yang lain hadir di Malam ASEAN.
Persembahan tarian Jaran dari Indonesia.
Persembahan tarian Jaran dari Indonesia.
Persembahan nyanyian daripada peserta negara Filipina.
Persembahan nyanyian daripada peserta negara Filipina.

Acara anjuran KKBS itu dimulakan dengan persembahan muzik daripada peserta Negara Brunei Darussalam dan diikuti dengan persembahan daripada peserta negara-negara ASEAN.

Bagi menyemarakkan lagi acara pada malam tersebut, kuiz penonton mengenai ASEAN turut diadakan yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman masyarakat mengenai ASEAN.

Acara malam tersebut diakhiri dengan persembahan finale ASEAN ‘We are One’ yang merupakan kolaborasi dalam kalangan para peserta negara-negara ASEAN yang menyertai persembahan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA