Malam Bintang Gemilang Persatuan Bank-Bank Brunei

Malam Bintang Gemilang Persatuan Bank-Bank Brunei

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Persatuan Bank-Bank Brunei turut tidak ketinggalan memeriahkan pentas perayaan berhadapan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, dengan mengadakan persembahan Malam Bintang Gemilang, baru-baru ini.

Antara bank-bank yang membuat persembahan pada malam tersebut termasuklah Baiduri Bank, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), HSBC dan Maybank.

Selain daripada persembahan nyanyian, para pengunjung khususnya mereka yang menyaksikan persembahan berkenaan dipelawa naik ke pentas untuk menjawab 10 soalan kuiz keputeraan.

Antara penyanyi yang membuat persembahan pada malam tersebut terdiri daripada Dayangku Salbiah binti Pengiran Haji Bujang, Wafi, Awie, dan Azam yang mewakili Bank Baiduri.

Para peserta daripada Persatuan-Persatuan Bank Brunei yang terlibat dalam persembahan itu.
Para peserta daripada Persatuan-Persatuan Bank Brunei yang terlibat dalam persembahan itu.

 

Manakala itu, Awangku Omar, Shima, Ampuan, dan Zul dari BIBD. Dash, Haji Ronnie pula mewakili Maybank, serta Mazri dan Azizah pula dari HSBC.

Persembahan tersebut telah diiringi oleh pemuzik orkestra RTB selaku kumpulan pengiring yang diketuai oleh Awang Eddy Misuari bin Ahmad Zaini.

ARTIKEL YANG SAMA