Malam ketiga perintah berkurung

Malam ketiga perintah berkurung

WASHINGTON, 1 Mei (AFP) – Polis Baltimore telah mengenakan perintah berkurung buat malam ketiga semalam, ketika laporan baru muncul berhubung bagaimana lelaki kulit hitam yang menjadi tumpuan pergolakan perkauman terbaru Amerika Syarikat (AS) mengalami cedera parah semasa dalam tahanan polis.

Bantahan baru telah meletus di Baltimore dan Philadelphia sebelumnya berhubung kematian Freddie Gray yang berusia 25 tahun – kes terbaru dalam perdebatan kebangsaan berhubungan sama ada polis adalah terlalu pantas untuk menggunakan keganasan ke atas orang kulit hitam, terutamanya remaja lelaki.

Seawal 10 malam perintah berkurung bermula di Baltimore, para pegawai membentuk kepungan dan terlibat dengan konfrontasi singkat dengan beberapa pembantah. Selepas itu, keadaan menjadi tenang dan jalan-jalan dikosongkan.

Bantahan itu mengenang kembali bantahan yang meletus di sub bandar St Louis tahun lalu apabila seorang anggota polis kulit putih menembak mati remaja kulit hitam yang tidak bersenjata, dan kemudian meledak lagi di bandar-bandar utama AS apabila sekumpulan juri enggan untuk mendakwa anggota tersebut.

Semalam, sekitar 600 orang telah berarak di Baltimore, sebuah bandar dengan penduduk seramai 620,000 iaitu satu jam perjalanan memandu dari Washington yang telah menyaksikan beberapa pergolakan paling terburuknya selama berdekad-dekad.

Gray meninggal dunia akibat kecederaan 80 peratus patah tulang belakang di lehernya, peguam dan keluarganya mengatakan, kematiannya itu memaparkan dirinya sebagai remaja Amerika Afrika terkini yang mati di tangan anggota polis di Amerika Syarikat.