Malam Mesra Aidilfitri KIGS meriah

Malam Mesra Aidilfitri KIGS meriah

Oleh Lyna Mohamad

Gambar oleh Hardy AJ

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Dengan tema ‘Untuk Mu Aidilfitri’, Majlis Malam Mesra Aidilfitri Kolej IGS (KIGS) begitu meriah dengan penyertaan semua orang termasuk ahli-ahli lembaga pengarah.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah anggota keluarga Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin.

Majlis telah didahului dengan bacaan Doa Selamat oleh Haji Abdullah bin Haji Yusof, diikuti dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Pengiran Dr. Hajah Fatimah binti PSJ Pengiran Haji Abdul Momin.

Antara aktiviti yang menceriakan suasana adalah persembahan-persembahan oleh kakitangan pentadbiran dan pengurusan, serta daripada setiap fakulti iaitu perniagaan, teknologi maklumat, multimedia dan penyiaran, serta seni dan reka bentuk.

Antara persembahan kakitangan pada majlis itu.
Antara persembahan kakitangan pada majlis itu.

Tarikan utama pada acara itu adalah kemunculan istimewa penyanyi/penulis lagu tempatan yang telah menempa nama di dalam dan luar negara, Aziz Harun yang menyanyikan beberapa buah lagu popularnya.

Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah utama dan penyampaian hadiah pakaian terbaik bagi kategori pelajar dan kakitangan.

ARTIKEL YANG SAMA