Malam panjang pembunuhan besar-besaran

Malam panjang pembunuhan besar-besaran

OUAGADOUGAU, 19 Jan – Apabila Pemerintah anti keganasan Burkina Faso Evrard Somda tiba bersama 20 orang anggotanya untuk mula melawan balik militan-militan Islam yang bersembunyi di hotel lima tingkat, keputusan pertamanya ialah mengepung kawasan itu dan menghiraukan peraturan.

Latihannya di Perancis, Kenya, Senegal dan di tempat lain telah mengajarnya, dia seharusnya cuba berhubung dengan penculik-penculik. Sekilas pandang akan keganasan di hadapannya sudah cukup untuk mengetahui ini tidak akan berkesan.

Banyak kereta di bakar di jalan raya, ledakan senjata api bergema dari Hotel Splendid dan mayat-mayat berselerak di teres Cappuccino, restoran kafe seberang jalan yang popular dengan menu Eropahnya dan WiFi percuma.

“Mereka mahu membunuh orang dalam bilangan maksimum dan bagi mereka tidak ada masalah untuk mati,” Somda, yang tiba di tempat kejadian pada pukul 8:30 malam, memberitahu Reuters dalam kisah lebih terperinci tentang serangan malam Jumaat itu.

Kumpulan tentera berjaga dan mengawal dalam kenderaan perisai di luar Hotel Splendid di Ouagadougou. - Reuters
Kumpulan tentera berjaga dan mengawal dalam kenderaan perisai di luar Hotel Splendid di Ouagadougou. – Reuters

Tetapi Somda menyedari lelaki-lelaki ini tidak semudahnya menyerbu hotel kerana takut akan membunuh orang awam dengan tidak sengaja.

Kita tidak boleh lakukan apa yang kita mahu. Kita terpaksa mengambil kira akan nyawa pelanggan di dalam hotel dan mengelak melepaskan tembakan ke arah mereka,” katanya lagi.

Dalam peristiwa ini, sembilan jam sebelum tiga penyerang dikepung di restoran Bush Taxi berhampiran. Mereka melepaskan tembakan ke arah pengangkut anggota coklat di persimpangan jalan dan penembak mesingan yang bertenggek di menara kecil kenderaan menembak mati mereka, ujarnya.

Sehingga itu, 29 orang awam, sekurang-kurangnya dari tujuh buah negara terbunuh dalam serangan itu yang meninggalkan kesan pergerakan militan Islam ke atas Afrika Barat melewati Mali dan timur laut Nigeria. – Reuters