Malam penghargaan warga Maybank

Malam penghargaan warga Maybank

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Maybank Brunei, baru-baru ini, telah menganjur Majlis Makan Malam Kakitangan Tahunan di Rizqun International Hotel untuk meraikan semua kakitangan Maybank Brunei yang telah bekerja keras sepanjang tahun.

Dengan tema ‘Hitam dan Emas Berkilauan’, majlis pada malam itu menyaksikan kakitangan hadir dengan pakaian menarik di samping pelbagai persembahan hebat.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, program dimulakan dengan kumpulan pengurusan menyampaikan tarian hip-hop Korea, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengurus Besar, Lim Yu Kwang.

Beliau antara lain mengongsikan bahawa tahun 2015 setakat ini merupakan tahun yang baik untuk mereka kerana mencatat pertumbuhan positif dua digit dalam pendapatan.

“Tahun 2015 mencatat banyak pencapaian penting yang termasuk memenangi anugerah perkembangan bank asing paling pesat daripada Ulasan Perbankan dan Kewangan Global; dan pelancaran segmen Premier Wealth,” tambah Lim sambil memuji kakitangan atas usaha keras dan sokongan mereka.

Antara mereka yang terlibat dalam Majlis Makan Malam Kakitangan Tahunan Maybank di Rizqun International Hotel.
Antara mereka yang terlibat dalam Majlis Makan Malam Kakitangan Tahunan Maybank di Rizqun International Hotel.

Sementara itu, Ketua Pentadbiran dan Pengerusi Jawatankuasa Kakitangan Maybank Brunei, Eric Wong, memberitahu, acara berkenaan diadakan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja Maybank Brunei serta meraikan prestasi kukuh mereka untuk tahun ini dan paling penting, untuk semua orang berseronok.

“Setiap kakitangan Maybank berlatih berminggu-minggu lamanya sebelum acara ini dan mereka berjaya menunjukkan kerja berkumpulan mereka, komitmen dan kreativiti menerusi persembahan hebat sepanjang malam,” tambahnya.

Majlis berkenaan diserikan dengan tujuh persembahan oleh kakitangan dari pelbagai jabatan, dan tiga kumpulan yang membuat persembahan terbaik membawa pulang hadiah menarik.

Anugerah pengiktirafan turut diberikan kepada kakitangan jualan dan sokongan teratas bank. Acara menarik lain pada malam itu termasuk hadiah untuk kakitangan lelaki dan perempuan yang memakai pakaian paling menarik serta hadiah cabutan bertuah untuk kakitangan.

ARTIKEL YANG SAMA