Malam Silaturahim Aidilfitri Baiduri meriah

Malam Silaturahim Aidilfitri Baiduri meriah

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Majlis Malam Silaturahim Hari Raya Aidilfitri anjuran Kumpulan Bank Baiduri di Indera Samudra Grand Hall, Empire Hotel and Country Club, Jerudong, malam kelmarin, berlangsung meriah dan penuh warna-warni dengan dihadiri lebih 1,000 jemputan khas yang terdiri daripada para pegawai kanan kerajaan, pemimpin-pemimpin korporat, pelanggan dan pegawai serta kakitangan kumpulan bank berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pierre Imhof dalam ucapannya merakamkan rasa terima kasih kepada semua pelanggan tetap bank atas sokongan padu yang berterusan di sepanjang tahun penubuhannya.

Katanya, meskipun berdepan dengan suasana iklim ekonomi global yang mencabar terutama ekoran kejatuhan harga minyak, beliau tetap optimis dengan pasaran di Brunei yang masih menawarkan banyak peluang untuk diteroka, terutama apabila kerajaan mengambil langkah mempelbagaikan ekonominya.

“Sebagai bank tempatan, fokus kami adalah di sini dan kami akan terus memberi khidmat dalam membantu pembangunan perniagaan tempatan, negara dan rakyatnya.”

Menurut Pierre Imhof, Bank Baiduri telah dan merancang memperkenalkan lebih banyak produk pelaburan bagi memenuhi kehendak pelabur-pelabur di negara ini, yang terbaru ialah pelancaran ‘Baiduri Capital’ yang menawarkan peluang pelanggan untuk melabur dalam pasaran saham antarabangsa melalui portal inovatif dalam talian.

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman turut hadir ke majlis itu.
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman turut hadir ke majlis itu.
Antara yang hadir ke majlis itu.
Antara yang hadir ke majlis itu.

pg05_150810_d

Pelanggan kini boleh mendapatkan akses yang mudah kepada portfolio pelaburan mereka, laporan penyelidikan serta membantu mendapatkan sebut harga, pesanan belian serta menyemak sejarah perdagangan mereka secara online.

Portal dalam talian ini merupakan platform dagangan sekuriti berasaskan web yang selamat dan pertama di Negara Brunei Darussalam.

Pierre Imhof juga berkata, di sepanjang tahun 2015, Baiduri juga telah menerima beberapa anugerah antarabangsa atas pencapaiannya yang terbaik dan antaranya ialah “Domestic Retail Bank of the Year – Brunei 2015,” “The Mobile Banking Initiative-Brunei 2015” daripada Asian Banking and Finance Magazine dan Bank Baiduri juga menerima anugerah “Best Banking Group 2015” daripada Kewangan Dunia kali ke-7.

Malam silaturahim itu diteruskan dengan persembahan video yang mengetengahkan tentang kejayaan Kumpulan Baiduri di sepanjang tahun.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan pentas oleh artis tempatan Dayang Pei Pei dan Aziz Harun serta diakhiri dengan sesi cabutan hadiah bertuah.

ARTIKEL YANG SAMA