Malam silaturahim IPT meriah

Malam silaturahim IPT meriah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jan – Bersempena dengan Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei ke-2 tahun ini, Majlis Malam Silaturahim Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah diadakan di Kawasan Letak Kereta, Jalan Bendahara, malam tadi.

Hadir menyaksikan persembahan itu ialah Pemangku Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.

Majlis berkenaan yang merupakan sebahagian daripada acara Karnival Konvo Politeknik Brunei, bertujuan untuk mengukuhkan lagi pertalian persahabatan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan institusi pengajian tinggi di negara ini.

Majlis diserikan dengan persembahan-persembahan seperti tarian tradisional, guling tangan, tausyeh, hadrah serta sketsa daripada Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi Brunei, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan Politeknik Brunei.

Karnival Konvo Politeknik Brunei diadakan selama lima hari bermula pada 15 Januari lalu sehingga hari ini dengan tema ‘Membudayakan Keusahawanan’ anjuran Pusat Perkembangan dan Inovasi Pelajar, Politeknik Brunei.

Awang Alias ketika menyampaikan cenderahati kepada wakil Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat.
Awang Alias ketika menyampaikan cenderahati kepada wakil Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat.

p08-2_20160120

Antara persembahan yang diadakan pada malam silaturahim IPT tersebut.
Antara persembahan yang diadakan pada malam silaturahim IPT tersebut.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA