Malang bertimpa-timpa

Malang bertimpa-timpa

NEW DELHI, 18 Julai – Nasib malang seorang pelajar India terus menghantuinya apabila dia menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki sama yang merogolnya tiga tahun lalu.

Pelajar India itu kini beransur pulih di hospital selepas menjadi mangsa rogol berkumpulan, menurut seorang pegawai hari ini.

Polis di negeri Haryana sedang memburu lima lelaki, yang dituduh menculik pelajar berusia 21 tahun itu dari kasta sosial terendah Dalit, dari luar kolejnya sebelum memberinya dadah dan merogolnya dalam sebuah kereta.

Pelajar itu ditemui tidak sedarkan diri dalam belukar di tepi sebuah lebuh raya pada malam Rabu lalu di Haryana yang bersempadan dengan New Delhi, dalam serangan seksual terbaru yang mengejutkan negara itu.

Timbalan superintenden polis Haryana, Pushpa Khatri berkata pelajar itu yang masih dirawat di hospital, telah mengenal pasti kelima-lima lelaki itu – dua dari mereka pada masa ini diikat jamin sementara menantikan perbicaraan kerana merogol pelajar itu juga dalam tahun 2013.

“Pelajar itu telah mengenal pasti identiti kelima-lima tertuduh dan dua dari mereka pernah terlibat dalam merogol pelajar itu secara berkumpulan di daerah Bhiwandi dalam tahun 2013,” Khatri memberitahu AFP.

“Kami telah menubuhkan beberapa pasukan untuk menangkap tertuduh. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA