Malawi bakar 2.6 tan gading seludup

Malawi bakar 2.6 tan gading seludup

MZUZU, Malawi, 14 Mac (AFP) – Malawi hari ini membakar 2.6 tan gading yang diseludup dari Tanzania selepas pertikaian rentas sempadan berhubung sama ada gading gajah itu harus disimpan sebagai bukti menentang pemburu haram.

Tanzania berjaya menangguhkan pembakaran itu sejak September, namun mahkamah di Malawi bulan ini telah mengarahkan pihak berkuasa hidupan liar untuk memusnahkan sebanyak 781 gading yang nilainya hampir AS$3 juta (2.7 juta euro).

“Ini adalah peristiwa penting bagi Malawi. Kami tidak akan membenarkan negara ini dieksploitasi sebagai pasaran bagi perdagangan haram ini,” Bright Kumchedwa, pengarah jabatan hidupan liar dan taman Malawi memberitahu AFP.

“Kami ingin menunjukkan kepada dunia bahawa negara ini komited untuk membanteras jenayah hidupan liar.”

Simpanan stok itu telah dibakar di luar di tempat suci asli di bandar utara Mzuzu, 480km dari bandar pentadbiran Lilongwe.

ARTIKEL YANG SAMA