Malawi gantung kerja 63 perkhidmatan awam berhubung dana AS

Malawi gantung kerja 63 perkhidmatan awam berhubung dana AS

BLANTYRE, Malawi, 25 Dis (AFP) – Malawi telah menggantung kerja 63 perkhidmatan awam yang dipercayai mencuri jutaan dolar dana Amerika Syarikat (AS) yang diberikan untuk memerangi HIV dan AIDS, lapor media tempatan hari ini.

Menteri Kesihatan Peter Kumpalume memberitahu akhbar Daily Times yang para pegawai kanan jabatan kewangan, sumber manusia dan HIV dan AIDS dari kementerian kesihatan telah ‘digantung kerja untuk membolehkan pengaudit menjalankan siasatan dan mengaudit akaun.

Ini adalah pertama kali jumlah besar bilangan perkhidmatan awam telah digantung kerja di negara miskin selatan Afrika.

Malawi memiliki kadar penduduk yang mengidap penyakit HIV tertinggi di dunia, memberi beban kepada sistem penjagaan kesihatan dan ekonomi. Kadar penduduk yang mengidap HIV negara menurun dari 12 peratus pada 2004 kepada 10 peratus dalam tahun 2014.

Kumpalume mengatakan wang yang dicuri itu berjumlah ‘jutaan’, menambah bahawa Pusat yang dibiayai AS bagi Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) telah menulis surat aduan kepada kementerian itu yang mereka mensyaki perkhidmatan awam dari projek HIV dan AIDS telah menipu kerajaan.

Duta AS ke Malawi, Virginia Palmer mengatakan dalam Facebook bahawa dia berharap pihak berkuasa ‘akan mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab dan mereka akan sepenuhnya dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan dana bagi meningkatkan kesihatan rakyat Malawi.

Para pendakwa mengatakan pada masa lalu bahawa satu pertiga hasil kerajaan Malawi telah hilang akibat penipuan.