Malaysia Airlines mulakan perubahan ke arah keberuntungan

Malaysia Airlines mulakan perubahan ke arah keberuntungan

SYDNEY, 18 Sept (Bernama) – Pengambilalihan Malaysia Airlines System (MAS) oleh Malaysia Airlines Bhd (MAB) merupakan langkah utama pertama dalam mengembalikan syarikat penerbangan nasional itu mencapai keberuntungan, kata Ketua bagi Australia, New Zealand, Barat Daya Pasifik dan Asia Tenggara MAB, Lee Poh Kait di sini.

Beliau berkata perubahan, termasuk strategi penjenamaan semula, sedang dilaksanakan.

“Ini akan merangkumi seluruh operasi kami, daripada produk dan tempat duduk, hingga kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan kami, untuk memastikan kami terus menjadi satu daripada syarikat penerbangan terbaik di dunia, dan ia dijangka selesai dilaksanakan dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.

“Ia juga meliputi wajah baharu syarikat penerbangan, yang tidak boleh kami dedahkan buat masa ini, kami telah menguji pelbagai idea melalui kajian pasaran dan menerima respons yang sangat baik,” katanya.

Lee berkata semasa Cita rasa Festival Makanan Malaysia keenam di Grace Hotel milik Low Yatt di sini, wajah baharu Malaysia Airlines tidak berlaku dalam tempoh yang singkat.

“Anda akan mula menyaksikan pengumuman berturut-turut dan waktu bermula semuanya meliputi semua dari lapangan dan saiz tempat duduk kepada pilihan menu baharu dan hiburan dalam penerbangan,” katanya.

Lee berkata banyak yang dinanti-nantikan dan berharap masyarakat akan terus bersama-sama syarikat penerbangan itu.

“Sepanjang semua perubahan menarik ini, menghubungkan benua kami akan terus menjadi matlamat utama Malaysia Airlines,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Festival Makanan Malaysia yang berlangsung selama dua minggu itu menampilkan antaranya empat chef dari Hotel Federal dan Hotel Capitol diterbangkan untuk menyediakan makanan termasuk resipi dari buku masakan ‘ ‘The Tunku’s Kitchen’.

Pengurus Besar Grace Hotel, Philip Pratley, berkata beliau beruntung mempunyai chef yang hebat dari Hotel Federal dan Hotel Capitol, Kuala Lumpur.

“Mereka mempunyai pengetahuan mengenai masakan Malaysia dan pemahaman tentang cita rasa Malaysia asli yang sebenar,” katanya. Penaja termasuk Tourism Malaysia, Malaysia Airlines dan Ayam Brand.

ARTIKEL YANG SAMA