Malaysia Airlines terima dua pesawat tambahan

Malaysia Airlines terima dua pesawat tambahan

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) – Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan Air Lease Corporation (ALC) memeterai perjanjian pajakan 12 tahun bagi dua pesawat tambahan baharu jenis Airbus A350-900 yang akan dihantar menjelang 2018.

Ia susulan opsyen di bawah perjanjian pajakan sedia ada untuk empat pesawatA350-900 yang ditandatangani kedua-dua pihak pada September tahun lepas, kata MAB dalam satu kenyataan, hari ini.

“Tambahan dua pesawat baharu itu akan melengkapkan empat pesawat sedia ada dan mencapai saiz pesawat diperlukan, membolehkan pesawat menjalani jadualpenyelenggaraan yang ditetapkan serta usaha pengembangan pada masa depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Christoph Mueller. Pesawat yang dipacu dua enjin Trent XWB-84 Rolls Royce itu adalah di bawah tempahan ALC dengan pihak Airbus. “Kelebihan teknologi dan inovatifnya menjadikan pesawat ini istimewa dari segi keselesaan selain memberi pengalaman baharu kepada perkhidmatan yang kami tawarkan.