Malaysia, China meterai MOU AS$98 juta

Malaysia, China meterai MOU AS$98 juta

BEIJING, 15 Julai – Syarikat Malaysia dan China hari ini memeterai tujuh memorandum persefahaman (MoU) bernilai 600 juta yuan (AS$98 juta), termasuk satu urus niaga sarang burung.

Perjanjian lain merangkumi kerjasama dalam bidang kereta api, durian sejuk beku, hartanah dan industri pembinaan, kebudayaan serta sektor halal.

Kesemua MoU itu dimeterai di luar acara Dialog Perniagaan China-Malaysia ‘One Belt, One Road’ di sini, hari ini.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Naib Pengerusi Pihak Berkuasa Wilayah Autonomi Ningxia Hui, Huang Heshan.

Liow mengetuai satu delegasi 160 pegawai kerajaan dan usahawan Malaysia bagi lawatan tiga hari sejak Selasa lepas.

Hadir sana, Duta Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA