Malaysia gesa Palestin, Israel kekang tindakan

Malaysia gesa Palestin, Israel kekang tindakan

PUTRAJAYA, 19 Okt – Malaysia menggesa Palestin dan Israel mengekang tindakan dan mengambil langkah segera bagi menyekat keadaan dari menjadi bertambah buruk di rantau berkenaan.

Menggesa demikian, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysiapercaya perdamaian dan toleransi merupakan cara yang dapat menjamin dialog berterusan untuk menyelesaikan konflik Palestin-Israel.

Malaysia, katanya, mengutuk tindakan melampau anggota keselamatan Israelyang menyebabkan sebilangan besar jiwa terkorban, khususnya akibat penggunaan peluru hidup.

“Serangan tentera Israel yang ganas ke atas orang awam tidak wajar berlakudan merupakan jenayah terhadap kemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Malaysia dengan itu menegaskan perlunya pasukan keselamatan Israelmematuhi standard antarabangsa dalam penggunaan pasukan tentera, kata beliau.

Anifah dalam satu kenyataan melahirkan pandangan berat Malaysia terhadap keganasan yang merebak pantas ke seluruh Tebing Barat akibat pertempuran yang sedang berlaku antara rakyat Palestin dengan pasukan keselamatan Israel.

Dalam seminggu lepas, pertempuran ganas antara rakyat Palestin denganpasukan keselamatan Israel dilaporkan berlaku di lebih 50 lokasi berasingan, termasuk di Baitulmaqddis Timur, Ramallah, Hebron, Baitulaham, Jenin, Tulkarm dan Nablus, kata beliau.

Anifah berkata Malaysia juga memandang berat terhadap meningkatnya jumlah serangan yang dilaporkan, termasuk lontaran batu oleh kedua-dua penduduk Israel dan Palestin.

Dalam pada itu, kata beliau Malaysia menyambut baik perarakan solidariti yang dianjurkan pada 18 Okt oleh penduduk Palestin dan Israel, yang menggesa ditamatkan keganasan yang sedang berlaku. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA