Malaysia-Indonesia sedia bekerjasama

Malaysia-Indonesia sedia bekerjasama

JAKARTA, 5 Jun – Malaysia sedia untuk mempertimbang cadangan untuk menjadi hab industri francais Indonesia bagi membantu produk francais negara itu menembusi pasaran antarabangsa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata cadangan berkenaan dikemukakan ahli perniagaan Indonesia pada sesi Dialog Perniagaan Malaysia-Indonesia sempena promosi francais Malaysia di sini hari ini.

“Kita akan menjadikan cadangan itu sebagai satu agenda dan akan membuat kajian menyeluruh mengenainya,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas mempengerusikan dialog berkenaan. – Bernama

Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika cuba menggunakan mesin basuh layan diri yang dipamerkan ketika membuat tinjauan mesra ke Pameran Francais Antarabangsa Malaysia bulan lalu. Malaysia bersedia mempertimbang cadangan untuk menjadi hab industri francais Indonesia bagi membantu produk francais negara itu menembusi pasaran antarabangsa. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA