Malaysia-Indonesia selesai masalah secara muhibah

Malaysia-Indonesia selesai masalah secara muhibah

JAKARTA, 18 Sept (Bernama) – Segala permasalahan antara Malaysia dan Indonesia akan diselesaikan secara muhibah antara pemimpin kedua buah negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata isu-isu seperti ekonomi, sempadan, jerebu dan pekerja tanpa izin dari negara jiran sentiasa dibincangkan dengan baik antara kedua-dua negara itu. “Segala permasalahan boleh terungkai, boleh selesai menerusi perbincangan,” katanya kepada pemberita di sini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di republik ini pagi Jumaat untuk lawatan kerja selama empat hari. Antara program beliau ialah mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla di Istana Wakil Presiden.

ARTIKEL YANG SAMA