Malaysia kutuk Korea U lancar peluru berpandu

Malaysia kutuk Korea U lancar peluru berpandu

PUTRAJAYA, 7 Sept – Malaysia mengutuk tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik pada Isnin dan menggesa republik itu berhenti daripada melakukannya lagi.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata Malaysia kesal dengan insiden terbaharu ini yang membawa ancaman serius terhadap keamanan dan keselamatan serantau dan global.

“Pelancaran peluru berpandu itu merupakan satu lagi pelanggaran terang-terangan Resolusi Majlis Keselamatan PBB dan mendatangkan masalah serius terhadap rejim global pelucutan dan pengawalan percambahan senjata,” katanya.

Tindakan sedemikian oleh Korea Selatan sejak beberapa tahun lalu hanya meningkat ketegangan serantau dan menghalang prospek keamanan berpanjangan di Semenanjung Korea dan dunia amnya, katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA