Malaysia menang 4 emas Muay Thai dunia

Malaysia menang 4 emas Muay Thai dunia

BANGKOK, 17 Mac (Bernama) – Atlet Muay Thai negara menampilkan aksi terpuji pada Festival Seni Mempertahankan Diri Antarabangsa Thai apabila meraih empat pingat emas dan dua perak pada hari terakhir kejohanan itu, di sini semalam.

Pengurus pasukan, Mohd Hazrul Mohd Sapri, berkata pencapaian atlet negara pada kejohanan julung kali diadakan itu, melepasi sasaran yang ditetapkan sebelum ini.

“Ia pencapaian amat memberangsangkan serta di luar jangkaan sama sekali kerana sebelum ke Bangkok, kami hanya mensasarkan dua pingat emas.

“Pungutan keseluruhan empat pingat emas dan dua perak di luar jangkaan, tetapi pada masa sama, ini menunjukkan kemampuan atlet kita untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya kepada Bernama di sini.

Para atlet Muay Malaysia menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan merangkul empat emas dan dua perak dalam pelbagai kategori pada kejohanan ‘1st International Thai Martial Arts Games’ di ibu negara Thailand semalam. – Bernama
Para atlet Muay Malaysia menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan merangkul empat emas dan dua perak dalam pelbagai kategori pada kejohanan ‘1st International Thai Martial Arts Games’ di ibu negara Thailand semalam. – Bernama

Mohd Hazrul berkata, pujian harus diberikan kepada atlet Muay Thai negara yang mencatat keputusan membanggakan itu walaupun terpaksa bersaing dengan lawan jauh lebih berpengalaman dan mempunyai susuk tubuh lebih besar.

Barisan atlet Muay Thai negara, katanya, cetek pengalaman berbanding lawan mereka termasuk dari negara tuan rumah, tetapi berjaya mengatasi kekurangan itu dengan ketangkasan selain taktik yang berkesan pada saingan akhir.

ARTIKEL YANG SAMA