Malaysia minta bantuan Filipina

Malaysia minta bantuan Filipina

PUTRAJAYA, 22 April – Malaysia menonjolkan kepentingan meningkatkan kerjasama dengan Filipina dalam membantu usaha untuk membebaskan empat rakyat Malaysia yang diculik kumpulan lelaki bersenjata dan dibawa ke Filipina.

Menurut Kementerian Luar, perkara itu dinyatakan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kepada Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Jose Rene D. Almendras, pada lawatan kerjanya ke republik itu selama dua hari dari 20 April.

“Kerjasama itu termasuk perkongsian risikan dan rondaan,” menurut Wisma Putra dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya Almendras memberi jaminan bahawa kerajaan Filipina sedang mengambil semua tindakan perlu untuk memastikan rakyat Malaysia berkenaan dibebaskan dengan selamat.

Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, diculik kumpulan lelaki bersenjata di Pulau Ligitan di perairan Semporna, Sabah, pada 1 April dan dibawa ke Filipina. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA