Malaysia-Palestin berentap di gelanggang berkecuali

Malaysia-Palestin berentap di gelanggang berkecuali

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) – Perlawanan keenam Kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Palestin pada 12 Nov ini akan diadakan di gelanggang berkecuali.

Perlawanan itu sepatutnya diadakan di Stadium Dura, Hebron sebelum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bersetuju mengadakan perlawanan di luar Palestin.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika mengesahkannya berkata FIFA mengadakan mesyuarat tergempar yang turut dihadiri Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman Ebrahim Al-Khalifa dan bersetuju memindahkan perlawanan itu di gelanggang berkecuali.

“Buat masa ini, kita masih menunggu kata putus daripada FIFA dan keputusan muktamad hanya akan diketahui malam ini,” katanya kepada Bernama, hari ini.