Malaysia pesta gol

Malaysia pesta gol

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Skuad B-14 Malaysia beraksi dengan garang apabila ‘membaham’ Myanmar 8-0 di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) pagi ini.

Aksi hari keempat Festival Bolasepak Serantau Bawah 14 Tahun (B-14) AFC 2015 dalam Kumpulan A berkenaan menyaksikan pemain Malaysia, Saravanan Thirumurugan menjaringkan hatrik.

Anak buah Richard Nelson Scully yang menang 2-1 ke atas Timor Leste pada perlawanan pertamanya malam Rabu, 19 Ogos lalu itu sejak awal lagi sudah mendominasi permainan sehingga berjaya membolosi gawang Myanmar sebanyak lima kali ketika perlawanan baru berlangsung 17 minit.

Saravanan membuka tirai jaringan pada minit keempat, disusuli jaringan Adam Farhan pada minit kelapan, Md Muizuddin Nafis pada minit ke-13, Akmal Hakim pada minit ke-16 dan Mohd Irfan Faiz pada minit ke-17, untuk Malaysia mendahului 5-0 sehingga rehat.

Malaysia meneruskan rentaknya sejurus separuh masa kedua bermula namun jaringan tambahannya hanya hadir lapan minit kemudian iaitu pada minit ke-38, yang dijaringkan oleh Saravanan.

Malaysia menentang Myanmar (putih) dalam masa kecederaan sebelum menambah satu lagi gol untuk menang 8-0.
Malaysia menentang Myanmar (putih) dalam masa kecederaan sebelum menambah satu lagi gol untuk menang 8-0.

Saravanan mencatat hatriknya pada minit ke-44 untuk terus menambah keselesaan Malaysia mendahului Myanmar 7-0.

Myanmar bertahan lebih baik selepas itu sehingga berjaya menghalang Malaysia daripada mendapatkan jaringan lagi sehinggalah pada masa kecederaan apabila lorongan lambung mudah Saravanan berjaya melepaskan Mohd Fadil untuk berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Myanmar, Nay Lin Htet. Mohd Fadil dengan tenang menendang lambung bola ke sebelah kanan Htet yang meluru laju kepadanya, melintasi rusuk kanan penjaga gol sebelum menerjah gawang tengah untuk gol kelapan dan terakhir Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA