Malaysia saman China

Malaysia saman China

Kuala Lumpur, 27 Sept (AFP) – Malaysia telah memanggil duta China untuk menjelaskan kenyataannya yang mengkritik kefahamanan pelampau dan rasisme sebelum rapat pro-Melayu yang dirancangkan di ibu negara.

Surat khabar tempatan The Star melaporkan hari ini, Duta Huang Huikang telah memberi amaran bahawa Beijing tidak gentar bercakap menentang tindakan yang mengancam kepentingannya dan menjejaskan hak rakyatnya.

“Kerajaan China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi ke atas kaum dan sebarang bentuk faham pelampau,” The Star memetik Huang sebagai berkata.

Ulasan Huang yang dilaporkan mendahului rapat yang dirancang oleh kumpulan pro kerajaan yang didominasi kaum Melayu yang dilaporkan menuntut lebih banyak penglibatan kaum Melayu di Petaling Street, yang mana kebanyakan penjaja adalah kaum Cina.

Kementerian Luar China tidak segera memberi respons kepada permintaan bagi ulasan.

Kementerian luar Malaysia berkata akan menemui Huang pada esok untuk menjelaskan ulasan yang ‘menarik perhatian dan mengundang kebimbangan awam Malaysia.’

Huang membuat ulasan itu ketika lawatan ke pasar popular Petaling Street, dikenali sebagai Chinatown pada Jumaat lalu.

Para penganjur rapat pada malam Jumaat lalu berkata mereka telah membatalkan bantahan yang dirancang atas nasihat polis.

ARTIKEL YANG SAMA