Malaysia seru masyarakat Islam tangani punca utama keganasan

Malaysia seru masyarakat Islam tangani punca utama keganasan

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) – Umat Islam dan pendukung fahaman kesederhanaan dari dunia Islam perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi naratif tepat kepada golongan belia yang rentan dan kecewa serta menangani punca utama yang menyebabkan mereka terjebak dengan aktiviti keganasan.

Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ramlan Ibrahim berkata menyekat usaha kumpulan pengganas untuk merekrut anggotanya di peringkat tempatan dan antarabangsa merupakan suatu langkah yang sangat penting.

“Jalan untuk menikmati kehidupan yang selamat ialah dengan melakukan bakti mulia serta menghapuskan kesengsaraan dan perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri,” katanya pada Perbahasan Terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai ‘Ancaman Terhadap Keamanan dan Keselamatan Antarabangsa Berpunca Daripada Tindakan Pengganas’, di New York pada Khamis.

Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama di sini hari ini.

Ramlan berkata perjuangan Malaysia menentang keganasan bermula pada awal tahun-tahun penubuhannya sebagai sebuah negara dan ia juga mempunyai pengalaman untuk dikongsi, khususnya dalam usaha menentang keganasan dari aspek politik dan ideologi.

ARTIKEL YANG SAMA