Malaysia tawar kos pengajian ijazah, rendah & berkualiti

Malaysia tawar kos pengajian ijazah, rendah & berkualiti

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia semakin menjadi popular sebagai destinasi melanjutkan pengajian, di mana pelajar-pelajar memilih untuk melanjutkan pelajaran di rantau ini memandangkan terdapat peningkatan yang mengiktiraf kualiti pendidikan tinggi Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, universiti-universiti dan kolej Malaysia dipantau ketat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi memastikan piawaian antarabangsa, dan memberikan pentauliahan yang diperlukan melalui Agensi Kualiti Malaysia.

Dengan ini, penuntut-penuntut di Brunei mempunyai keyakinan terhadap sistem pendidikan tinggi Malaysia dan kesemua program berdaftar MQA diiktiraf di Brunei.

Satu lagi tarikan tambahan adalah, pilihan untuk mendapatkan kelayakan ijazah luar negara di Malaysia, di mana sejumlah universiti terkemuka telah menubuhkan kampus di Malaysia dan universiti-universiti persendirian mempunyai program-program berkembar atau francais bersama rakan-rakan antarabangsa.

Oleh yang demikian, para pelajar boleh mendapatkan kelayakan ijazah yang sama seperti melanjutkan pengajian universiti utama.

Melanjutkan pengajian di luar negara memerlukan kos yang tinggi, namun Malaysia memberikan laluan pengajian yang kos efektif di mana seorang penuntut boleh mendapatkan kelayakan profesional atau ijazah dari universiti ranking tinggi pada harga rendah.

Yuran di universiti Setara 13 lima bintang berada dalam lingkungan $10,000 – $14,000 setahun, berbanding sekitar $30,000 bagi melanjutkan pengajian dalam destinasi melanjutkan pengajian di luar negara asal.

Perbezaan ini menjadi lebih kritikal apabila, dalam faktor dalam kos kehidupan, Malaysia menawarkan pilihan tempat penginapan yang murah namun cemerlang.

Bagi penuntut Brunei pula, peralihan kepada kehidupan universiti di Malaysia pastinya sangat mudah, kerana sebilangan besarnya pasti sudah biasa dengan negara itu menerusi percutian keluarga dan lawatan, perhubungan mudah, malah kebudayaan, tradisi dan adat sangat serupa.

Satu tarikan besar pastinya jaraknya yang dekat, tidak mahal untuk pulang ke Brunei bagi percutian dan hujung minggu, malah keluarga juga boleh kerap melawat anak-anak mereka di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Hari Kaunseling Melanjutkan Pengajian di Malaysia yang akan diadakan pada 22 Mei ini di HRDS merupakan satu peluang menarik untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pilihan belajar di Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA