Malaysia tewas 1-0 di tangan Thailand

Malaysia tewas 1-0 di tangan Thailand

SINGAPURA, 5 Jun (Reuters) – Skuad bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) Malaysia gagal ke separuh akhir Sukan SEA selepas tewas 0-1 kepada Thailand di Stadium Bishan di sini hari ini.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain Thailand, Sarach Yooyen pada minit ke-80.

Berdasarkan format kejohanan, hanya dua pasukan terbaik daripada Kumpulan A dan B layak ke separuh akhir temasya dwitahunan itu.

Terdahulu, skuad Harimau Muda Bawah 23 menang tipis 1-0 ke atas Timor Leste pada aksi pembukaan,

Sabtu lalu sebelum diaibkan 1-5 oleh Vietnam pada aksi kedua di Stadium Bishan, kelmarin.

Pemain Thailand Songkrasin Chanatip(kanan) menggelecek bola melintasi pemain Malaysia sewaktu perlawanan tersebut. – AFP
Pemain Thailand Songkrasin Chanatip(kanan) menggelecek bola melintasi pemain Malaysia sewaktu perlawanan tersebut. – AFP

Malaysia diletakkan dalam kumpulan B bersama Thailand, Vietnam, Laos, Brunei dan Timor Leste.

“Tidak dapat dipersalahkan perlawanan, kami perlu duduk dan melihat program kami. Kami tidak boleh kata (ia memang) hanya persediaan kami,” kata Ong Kim Swee.

Sementara itu, besar kemungkinan sebahagian skuad SEA Games akan bermain untuk skuad senior Malaysia Khamis depan di kempen perlawanan kelayakan Piala Dunia di gelanggang sendiri menentang Timor Leste.

Kemenangan sudah dijangkakan tetapi merasa gusar apbila ditempatkan bersama pasukan yang kuat di kumpulan A yang menampilkan Saudi Arabia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Palestin yang merupakan finalis di Piala Asian Januari lalu.

Hanya pemenang kumpulan sahaja dipastikan akan mendapat peluang untuk mara.

Bagi Malaysia, di ranking 162 FIFA, memenangi kejohanan mereka sendiri agak sukar kebelakangan, setelah Singapura Lions XII menjulang piala FA Malaysia buat pertama kali bulan lepas.

ARTIKEL YANG SAMA