Maldini minat galas tugas Milan

Maldini minat galas tugas Milan

MILAN, 6 Okt – Legenda AC Milan Paolo Maldini mungkin akan menamatkan pengasingannya daripada bola sepak jika konsortium China yang membeli juara Eropah tujuh kali itu memberikannya ‘peranan tanggungjawab secara langsung’.

Dengan tujuh gelaran liga, lima trofi Liga Juara-Juara dan 902 kemunculan dalam Serie A di mana dia beraksi 25 tahun bersama AC Milan, Maldini merupakan salah seorang tokoh bagi kelab itu. Bagaimana pemain berusia 48 tahun itu masih lagi menjadi tokoh yang sukar ditemui dalam sukan itu sehingga sekarang.

Selepas beberapa tahun menyaksikan dari tepi padang ketika Milan merosot dalam persaingan domestik dan Eropah, Maldini memberikan bayangan bersedia untuk kembali. Tetapi jika dia ditawarkan peranan yang membolehkannya untuk bercakap secara terus terhadap apa yang berlaku di atas padang.

“Saya diberitahu objektif adalah untuk mengangkat kembali Milan kepada kalangan lima kelab terbaik dunia,” Maldini memberitahu La Gazzetta dello Sport semalam.

“Tetapi ia bermakna bertugas 24 jam sehari buat masa yang lama. Saya bersedia melakukannya, tetapi saya faham sepenuhnya dengan keadaan di kelab itu. Saya perlu bertemu secara bersemuka dengan pemilik akan datang dan mendapatkan hasrat penuh mereka.

Paulo Maldini (tengah) ketika zaman kegemilangannya bersama AC Milan. – AFP
Paulo Maldini (tengah) ketika zaman kegemilangannya bersama AC Milan. – AFP

“Saya masih menyukai kelab ini dan saya hanya boleh membantu jika saya menggunakan hati dan kepala saya. Jika Milan mendapatkan manfaat, saya perlu kekal kepada diri saya.”

Maldini telah bertemu ‘empat kali’ bersama Marco Fassone yang dilantik sebagai pentadbir utama oleh pemilik akan datang, Sini-Europe Sports Investment Management Changxing, Ogos lalu.

Dia juga bercakap ‘selama 10 minit menerusi telefon’ dengan Han Li, naib presiden konsortium yang mengadakan rundingan penjualan Milan bersama pemilik syarikat Silvio Berlusconi, Fininvest.

“Dia memberitahu saya, mereka mahu saya di Milan, tetapi kami tidak dapat pergi jauh lagi,” tambah Maldini.

“Tugasan itu sukar dan mencabar. Saya mahu meninggalkan ketenangan kehidupan saya untuk kembali dalam permainan. Jadi saya perlu mengetahui segala-galanya dari pemilik kelab,” tambahnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA