Maldives, syurga dunia bergolak

Maldives, syurga dunia bergolak

COLOMBO, 29 Okt (AFP) – Kepada pasangan berbulan madu yang mengidamkan pasirnya yang berkilau-kilauan, Maldives mungkin ibarat syurga dunia.

Tetapi jauh dari pantai-pantainya, berlaku pergelutan kuasa yang mencengkam dan kejam, yang menurut para pemerhati belum berakhir, di mana orang luar menunjukkan sedikit keinginan untuk campur tangan.

Seperti pemimpin pulau itu yang kali pertama dilantik secara demokrasi yang telah dipenjarakan, naib presiden juga dihukum penjara berhubung dakwaan cuba membunuh ketuanya dalam bot laju.

Rakannya dalam pilihan raya presiden diburu dan jurucakap presiden dipecat minggu lalu.

Sinonim dengan kelompok orang kaya, Maldives mungkin tempat sesuai untuk drama dengan jalan cerita yang sesuai untuk drama lipur lara gaya Dallas dan barisan pelakon seperti isteri George Clooney dan peguam saingannya, Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain Tony Blair.

Gambar yang diambil pada 24 Oktober 2015 ini menunjukkan polis Maldives meronda di sebatang jalan di Male. Krisis politik dan huru-hara menyebabkan imej negara itu sebagai syurga dunia telah tercemar dengan orang luar menunjukkan sedikit keinginan untuk campur tangan. – AFP
Gambar yang diambil pada 24 Oktober 2015 ini menunjukkan polis Maldives meronda di sebatang jalan di Male. Krisis politik dan huru-hara menyebabkan imej negara itu sebagai syurga dunia telah tercemar dengan orang luar menunjukkan sedikit keinginan untuk campur tangan. – AFP

Sebahagian besarnya beroperasi di sebalik tabir ialah Maumoon Abdul Gayoom, 77, bekas pemimpin yang menurut pengkritik menggunakan abang tirinya Abdulla Yameen sebagai wakil presiden.

“Apa yang kita lihat hari ini ialah kembalinya diktator melalui abang tirinya,” kata jurucakap parti pembangkang Demokrasi Maldives, Hamid Abdul Ghafoor.

Gayoom memimpin dengan kuku besi selama 30 tahun sebelum tewas dalam pilihan raya pertama asli pulau itu kepada pemimpin MDP, Mohammed Nasheed yang juga pernah dipenjarakan.

Tiga tahun kemudian, Nasheed yang aktivis iklim digulingkan apabila ketua-ketua keselamatan dan hakim yang dilantik oleh Gayoom memberontak menentang cubaan reformasi.

Sejak itu, para pemerhati berkata suku Gayoom terus menerus menggunakan semula kawalan dengan mengatasi sesiapa pun yang menghalangnya.