Maldivies putus hubungan diplomatik dengan Iran

Maldivies putus hubungan diplomatik dengan Iran

COLOMBO, 18 Mei (AFP) – Maldives telah menyertai penyokong kewangan utamanya Arab Saudi dalam memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran, menuduhnya menjejas keamanan dan keselamatan di rantau Teluk.

Kementerian luar Maldives berkata dasar yang diamalkan oleh Iran di Timur Tengah “mengugat keamanan dan keselamatan di rantau,” tanpa memberikan butiran lanjut. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam, kementerian berkata ia sedang memutuskan hubungan disebabkan kestabilan di Teluk “juga dikaitkan dengan kestabilan, keamanan dan keselamatan Maldives.”

Bagaimanapun, pada bulan lalu Presiden Maldives Abdulla Yameen menerima duta baru Iran ke rantau Lautan India, Mohammed Zaeri Amirani, yang berpangkalan di ibu negara Sri Lanka Colombo.

Selepas mesyuarat tersebut, Yameen berkata beliau berharap kedua-dua negara boleh memperkukuh hubungan dan Maldives, terdiri daripada 340,000 penduduk Islam Sunni, boleh mula mengimport minyak dari Iran – kuasa Syiah paling penting di Timur Tengah.

Arab Saudi, kuasa Islam Sunni, baru-baru ini telah menambah sokongan kewangan untuk Maldives dengan menjanjikan pembiayaan berjumlah AS$50 juta untuk projek perumahan tentera di negara pulau itu, lapor laman sesawang Maldivesindependent.com.

Pada Januari, Arab Saudi dan Iran memutuskan hubungan diplomatik. Riyadh memutuskan hubungan dengan Tehran setelah penunjuk perasaan Iran membakar kedutaannya dan pejabat konsul ekoran pelaksanaan hukuman mati ke atas ulama Syiah terkenal oleh Saudi.

ARTIKEL YANG SAMA