Maldonado kekal dengan Lotus

Maldonado kekal dengan Lotus

SINGAPURA, 21 Sept (Reuters) – Pastor Maldonado dari Venezuela akan terus memandu bagi Lotus musim depan, menurut pasukan Formula Satu yang menghadapi masalah kewangan itu semalam.

“Pastor akan terus menjadi pemandu bagi tahun ketiga bersama pasukan Enstone selepas menyertai pada awal 2014,” kata mereka dalam satu kenyataan selepas Grand Prix Singapura.

Masa depan Lotus yang berpangkalan di British itu tidak pasti untuk masa beberapa bulan, dengan pasukan menghadapi beberapa pergelutan perundangan dan berharap persetujuan pengambilalihan bersama bekas pemilik Renault akan dicapai minggu depan.

Pasukan itu dijadualkan kembali di London High Court pada 28 Sept, sehari selepas Grand Prix Jepun, bagi pendengaran yang ditangguhkan oleh pihak berkuasa cukai British yang akan memaksa Lotus berada dalam pentadbiran.

Ketua pasukan, Gerard Lopez berkata dalam kenyataan bahawa faktanya pasukan akan mengesahkan Maldonado, yang menghasilkan berpuluh juta dalam pembiayaan dari syarikat minyak Venezuela, PDVSA, adalah petanda yang positif.

Pastor Maldonado. – Reuters
Pastor Maldonado. – Reuters

“Semua orang di Enstone akan berpuas hati bahawa Pastor adalah seorang yang hebat untuk bekerjasama dan kami semua tahu persembahan yang dihasilkannya di atas litar,” tambahnya.

“Pastor menyertai kami dengan persetujuan beberapa tahun jadi pengesahan ini adalah mengulangi kepercayaan kami terhadapnya. Kami berharap untuk menghasilkan pengumuman yang positif berhubung kait pasukan pada masa terdekat.”

Mahkamah mendengarkan pada Jumaat lalu bahawa pembayaran signifikan dari PDSVA adalah untuk Lotus pada awal November.

Maldonado, yang memiliki reputasi terdedah kepada kemalangan, menamatkan di kedudukan ke 12 dalam perlumbaan semalam selepas perlanggaran bersama Jenson Button dari McLaren.

ARTIKEL YANG SAMA