Maldonado tersingkir

Maldonado tersingkir

PARIS, 2 Feb – Pastor Maldonado (gambar) semalam mendedahkan dia kehilangan tempat bersama Renault untuk musim ini, dengan laporan menyatakan Kevin Magnussen dikatakan akan menyertai bekas pasukan Lotus.

Madonado dikatakan akan meneruskan bersama pasukan yang berpangkalan di Britis disamping Jolyon Palmer, anak lelaki kepada bekas pemandu Formula Satu, Jonathan Palmer.

Maldonado mengesahkan pelepasannya dalam Twitter.

“Hari ini dengan keadaan yang mengecewakan saya memaklumkan anda, saya tidak akan berada di atas grid pada awal musim 2016. Terima kasih kepada semua mesej sokongan, kesabaran dan yang membabitkan masa depan saya.

“Saya bersyukur kepada Tuhan, keluarga saya, penaja, sahabat, peminat –peminat saya dan semua orang yang telah membantu saya merealisasikan impian ini untuk mewakili Venezuela dalam sukan bermotor. Jumpa anda nanti!”

Russian Grand Prix 2015

Menurut Austosport, Magnussen, 23, akan disahkan sebagai pengganti Maldonado esok.

Pemandu muda dari Denmark itu kembali ke Formula Satu empat bulan selepas kehilangan tempatnya bersama McLaren.

Maldonado, pemenang Grand Prix Sepanyol 2012, dilepaskan selepas terjejas dengan pembiayaan dari penyokongnya, PDVSA, syarikat minyak dan gas milik negara Venezuela.

Pemandu dari Venezuela itu telah memulakan 95 perlumbaan Grand Prix lebih enam musim bersama Williams dan kemudian Lotus.

Sekarang hanya terdapat dua kerusi yang perlu diisikan bagi 2016, di Manor Racing, dalam jangkaan Pascal Wehlein dari Jerman dan Rio Haryanto dari Indonesia. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA