Mali lanjut undang-undang darurat sehingga 31 Mac

Mali lanjut undang-undang darurat sehingga 31 Mac

BAMAKO, 31 Dis (AFP) – Mali telah melanjutkan undang-undang darurat negara selama tiga bulan sejak ia dikenakan pada November berikutan serangan maut ke atas sebuah hotel di bandar itu, menurut para pegawai kelmarin.

Kerajaan pada Isnin menyerahkan rang undang-undang membenarkan pelanjutan baru sehingga 31 Mac ‘kerana ancaman serius ke atas keselamatan awam dan kemudahan mereka,” menurut kenyataan rasmi.

Perhimpunan Kebangsaan meluluskan rang undang-undang itu sebulat suara dalam satu undian pada Selasa, menurut sumber parlimen kepada AFP.

Mali pada awalnya mengumumkan undang-undang darurat negara selepas 20 orang, 14 daripada mereka warga asing, terbunuh dalam satu serangan yang dilakukan oleh dua kumpulan jihad di hotel Radisson Blu di Bamako pada 20 November.

Ia telah dilanjutkan dua kali, dan tempoh terbaru selama 10 hari dijangka mansuh pada Khamis.