Malindo Air ke Perth

Malindo Air ke Perth

SEPANG, 8 Sept – Syarikat penerbangan hibrid pertama Malaysia, Malindo Air, sudah bersedia meluaskan capaiannya ke lapan destinasi dengan memperkenal perkhidmatan ke Perth, Australia pada November tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu kini menunggu kelulusan pihak berkuasa tempatan, dan menjangkakan memperolehnya pada awal Oktober.

“Laluan baru tambahan untuk Malindo itu merupakan peningkatan serentak dengan pertumbuhan kumpulan pesawat syarikat kami tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas perasmian ruang istirahat pertama syarikat itu di Klia2, hari ini, oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi. – Bernama