Malindo Air lancar penerbangan harian KL-Hong Kong

Malindo Air lancar penerbangan harian KL-Hong Kong

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Malindo Air melancarkan perkhidmatan keduanya pada 2016, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong yang akan merangsang kehadirannya di pasaran Asia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Malindo Air berkata perkhidmatan harian ke Hong Kong itu merupakan destinasi keduanya di China, selepas Sanya di Wilayah Hainan.

“Tambang pengenalan bagi laluan baharu ini bermula daripada RM299 bagi kelas ekonomi dan RM669 untuk kelas perniagaan, merangkumi semua bagi perjalanan sehala.

“Semua tambang termasuk kemudahan seperti peruntukan bagasi percuma, hiburan dalam penerbangan, makanan serta hidangan ringan,” katanya. Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu menjangkakan lonjakan ketibaan dari Hong Kong susulan perkhidmatan baharu tersebut.

Perkhidmatan itu menyediakan 1,134 tempat duduk seminggu, bermakna sekitar 59,000 pelawat dari China Selatan dijangka mengambil peluang daripada penerbangan baharu ke Kuala Lumpur tersebut, setiap bulan. – Bernama

Malindo Air kini memberikan perkhidmatan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Hong Kong. – Reuters
Malindo Air kini memberikan perkhidmatan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Hong Kong. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA