Malindo Air lancar penerbangan pertama ke Amritsar

Malindo Air lancar penerbangan pertama ke Amritsar

pg19_151026_a

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air hari ini melancarkan penerbangan pertamanya ke Amritsar, India.

Penerbangan OD271 Kuala Lumpur-Amritsar itu beroperasi tiga kali seminggu pada Rabu, Jumaat dan Sabtu, menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan.

Penerbangan pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sri Guru Ram Das Jee Amritsar, menandakan destinasi ketujuh Malindo Air di India.

Malindo Air juga merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan Asia Tenggara dengan Amritsar.

Sempena dengan pengenalan laluan terkininya, syarikat penerbangan tersebut menawarkan tiket penerbangan pada tambang promosi hanya RM759 sehala termasuk semua bagi Kelas Ekonomi dan RM1,309 sehala termasuk semua bagi Kelas Perniagaan.

“Menjadi satu-satunya syarikat penerbangan menghubungkan Asia Tenggara dengan Amritsar, kami berharap melalui laluan baharu ini, sektor pelancongan di Malaysia dan India akan berkembang kukuh dengan lebih ramai ketibaan pelancong,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy.

India adalah pasaran penting Malaysia, menjadi antara 10 pasaran menjana pelancong.

Untuk tempahan dan pertanyaan, layari www.malindoair.com, e-mel kepada Customer Care di customer_care@malindoair.com, atau hubungi +603-7841 5388 dari 9 pagi hingga 9 malam setiap hari. – Bernama