Malindo Air perkenalkan dua lagi destinasi baharu

Malindo Air perkenalkan dua lagi destinasi baharu

pg19_151202_c

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) – Malindo Air kini membuka tempahan untuk perkhidmatan penerbangan terbarunya dari Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) masing-masing ke Colombo dan Ho Chi Minh, Vietnam.

Menurut syarikat penerbangan hibrid itu, penerbangan harian ke Colombo akan bermula 18 Disember, 2015 manakala penerbangan ke Ho Chi Minh pula mulai 29 Januari 2016.

“Tambang promosi untuk perkhidmatan KL-Colombo bermula daripada RM339 untuk kelas ekonomi dan RM579 bagi kelas perniagaan, kedua-duanya bagi tambang sehala, semua termasuk faedah istimewa seperti peruntukan bagasi percuma, hiburan dalam penerbangan, hidangan makanan serta makanan dan minuman ringan.

“Bagi KL-Ho Chi Minh, tambang bermula daripada RM129 bagi kelas ekonomi dan RM399 untuk kelas perniagaan, kedua-duanya bagi tambang sehala, termasuk semua,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tempoh penerbangan antara KL dan Colombo akan mengambil masa tiga jam 25 minit manakala tempoh sejam 55 minit bagi laluan KL-Ho Chi Minh dari hab utama syarikat itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, menurutnya.

ARTIKEL YANG SAMA