Malindo Air sambung semula laluan KL-Sibu

Malindo Air sambung semula laluan KL-Sibu

MIRI, 1 Julai (Bernama) – Malindo Air menyambung semula operasi penerbangan terus Kuala Lumpur-Sibu tahun ini sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mengkaji semula pasaran Sarawak.

Ketua Pegawai Komersial Datuk Bernard Francis berkata laluan Kuala Lumpur -Sibu dihentikan atas sebab-sebab komersial.

“Kami akan mengkaji laluan lain di Sarawak seperti Bintulu jika ia berdaya maju,” katanya kepada pemberita sebaik mendarat di Lapangan Terbang Miri di sini hari ini.

Malindo Air menyambung semula penerbangan terus Kuala Lumpur-Miri bermula hari ini. Menteri Muda Pelancongan Negeri Datuk Lee Kim Shin berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan penumpang.

Tambang bermula daripada RM79 bagi Kelas Ekonomi dan RM669 bagi Kelas Perniagaan, sehala. Malindo Air menawarkan penerbangan terus Kuala Lumpur-Kuching empat kali sehari.

Lee menggesa Malindo Air memperkenalkan semula penerbangan terus antarabangsanya dengan Lapangan Terbang Miri sebagai hab.

“Mungkin Malindo Air boleh mempertimbang kemungkinan menawarkan penerbangan terus dari Miri ke Shengzhen, China,” katanya dan menambah Shengzhen terletak dilokasi strategik di China, yang menghubungkan bandar-bandar utama seperti Beijing dan Hong Kong.

Pada masa ini katanya satu-satunya penerbangan antarabangsa dari Lapangan Terbang Miri ialah ke Singapura.Malindo Air juga perlu meningkatkan kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak dengan memperkenalkan penerbangan sambungan, katanya.

ARTIKEL YANG SAMA