Malindo Air tambah 3 penerbangan baru

Malindo Air tambah 3 penerbangan baru

pg18_160629_c

KOTA BHARU, 28 Jun (Agensi) – Syarikat penerbangan Malindo Air menyediakan 10 penerbangan sehari dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini, bermula 1 Julai ini.

Sebelum ini, penerbangan Malindo Air dari LTSIP ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya tujuh saja, dan penambahan dilakukan bagi menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat sempena musim perayaan.

Tiga penerbangan yang ditambah itu adalah jenis Boeing 737-800 dan Boeing 737-900 yang ternyata memberi keselesaan kepada penumpang. Pengurus Stesyen Malindo Air Kelantan, Mohd Nazri Abdullah, berkata sehingga kini tempahan untuk penerbangan pada musim perayaan untuk kedua-dua hala masih boleh ditempah.

“Dengan penambahan itu, Malindo Air dapat memberi kemudahan kepada pelanggan supaya dapat merancang perjalanan dan percutian mereka.

“Selain itu, penambahan itu juga dapat mengatasi masalah kelewatan pesawat atau masalah teknikal pesawat yang akan menyulitkan penumpang,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ditanya mengenai persediaan jika berlaku kelewatan membabitkan penerbangan pada musim perayaan, Mohd Nazri berkata, pihaknya akan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan akan melakukan pelan kontigensi bagi menyelesaikan masalah itu.

Katanya, jika berlaku masalah teknikal atau masalah kelewatan pihaknya akan menyediakan penerbangan seterusnya untuk penumpang.

ARTIKEL YANG SAMA