Malindo tawar wiFi dalam pesawat

Malindo tawar wiFi dalam pesawat

SEPANG, 4 Jun (Bernama) – Malindo Air menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia menawarkan jaringan komunikasi dalam pesawat menerusi perkhidmatan terbaharunya, Malindo WiFi dan Malindo Mobile, yang dilancarkan hari ini.

Perkhidmatan dalam pesawat Boeing 737-900ER syarikat penerbangan hibrid berkenaan, membolehkan penumpang melayari kemudahan seperti laman sesawang, e-mel, mengemas kini akaun media sosial masing-masing, menghantar pesanan teks serta menerima panggilan telefon.

“Pesawat dilengkapi kemudahan WiFi itu mendatangkan lebih daripada sekadar faedah operasi dan kami sememangnya berharap dapat menaik taraf sistem pengesanan lokasi kepada sistem pengesanan masa sebenar pada masa depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran perkhidmatan itu berserta majalah dalam pesawat MalindoMag yang disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, di klia2, di sini, hari ini.

Menurutnya, perkhidmatan Malindo WiFi dan Malindo Mobile bagi penerbangan kerap seperti Kota Kinabalu,

Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Candran Rama Muthy (kiri) menunjukkan telefon pintar ketika melayari internet di dalam penerbangan selepas pelancaran Malindo WiFi dan Malindo Mobile di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kelmarin. – Bernama
Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Candran Rama Muthy (kiri) menunjukkan telefon pintar ketika melayari internet di dalam penerbangan selepas pelancaran Malindo WiFi dan Malindo Mobile di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kelmarin. – Bernama

Delhi dan Mumbai, dijangka dapat diperluaskan kepada pesawat lain menjelang akhir tahun ini.

Penggunaan perkhidmatan itu bagi tempoh sejam hingga 12 jam dan ditawarkan pada harga US$6.95 hingga US$21.95, boleh dibeli dalam penerbangan.

Sementara itu, Liow yang maklum kepentingan akses internet bukan lagi sekadar lambang kemewahan, turut menggesa penggiat penerbangan komersial untuk terus meningkatkan perkhidmatan dalam penerbangan masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA