Man City bangkit, benam Southampton 3-1

Man City bangkit, benam Southampton 3-1

MANCHESTER, 29 Nov (Agensi) – Manchester City bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut untuk melakar kemenangan 3-1 ke atas Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris semalam.

Namun pasukan itu terpaksa kehilangan khidmat Sergio Aguero kerana mengalami kecederaan.

Selepas dimalukan dengan kekalahan 4-1 kepada Liverpool diikuti tewas 1-0 kepada Juventus dalam kempen Liga Juara-Juara, Rabu lalu, City terpaksa memburu kemenangan pada perlawanan berikutnya.

Membuka tirai jaringan menerusi Kevin de Bruyne, City menggandakan jaringan menerusi Fabian Delphketika permainan baru memasuki minit ke-21.

Pemain Manchester City, Bacary Sagna (kanan) bersaing mendapatkan bola dengan pemain Southampton, Virgil van Dijk pada perlawanan di Stadium Etihad Stadium, Manchester, England, pada 28 November 2015. – Agensi
Pemain Manchester City, Bacary Sagna (kanan) bersaing mendapatkan bola dengan pemain Southampton, Virgil van Dijk pada perlawanan di Stadium Etihad Stadium, Manchester, England, pada 28 November 2015. – Agensi

City mendominasi permainan pada babak pertama dan hampir menambah jaringan namun tidak berjaya dengan Southampton mencipta kebangkitan menerusi Shane Long pada minit ke-50.

Ketika kedua-duanya rancak memburu jaringan, Kolarov kemudian menambah jaringan ketiga City pada minit ke-70. Begitu pun, petanda kurang gembira buat peminat City apabila penyerangnya, Aguero terpaksa dipapah keluar akibat kecederaan buku lali.

ARTIKEL YANG SAMA