Man City bangkit pada minit terakhir

Man City bangkit pada minit terakhir

WATFORD, 3 Jan (AFP) – Manchester City mengekalkan cabaran terhadap gelaran Liga Perdana Inggeris selepas menamatkan persembahan kurang memberangsangkan dengan kemenangan lewat permainan 2-1 ke atas Watford, awal pagi tadi.

Dua gol daripada pemain tonggak Yaya Toure dan Sergio Aguero meletakkan City hampir ke kedudukan teratas liga apabila mereka seperti ditakdirkan akan kalah.

Aleksandar Kolarov menanduk masuk hantaran Ben Watson ke jaring sendiri dan pelawat bergelut untuk mencari idea sebelum Toure dan Aguero menyumbat masuk dua gol pantas untuk mencuri kemenangan.

Toure meledak pada minit ke-82 selepas menerima hantaran sudut Kolarov sebelum Aguero menanduk masuk hantaran lintang Bacary Sagna dua minit kemudian.

Aguero meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan Navas. – Reuters
Aguero meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan Navas. – Reuters

Ia kemenangan pertama City sejak 12 September dan meletakkan mereka tiga mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Walaupun bayangan Pep Guardiola semakin menyelubungi Manuel Pellegrini, pengurus Manchester City itu dikatakan pengurus Watford, Quique Sanchez Flores akan memenangi gelaran liga.

Sama ada pemain Chile itu masih akan mengemudi pasukan di Stadium Etihad musim depan, bersama kemenangan atau tidak, masih belum ditentukan.

Namun pasukannya dilihat tidak konsisten yang menyaksikan mereka hanya memungut tiga mata dalam enam perlawanan sebelum ini.