Man City bawa masuk Gundogan

Man City bawa masuk Gundogan

MANCHESTER, United Kingdom, 2 Jun – Manchester City telah menandatangani pemain tengah Ilkay Gundogan dari Borussia Dortmund bagi kontrak empat tahun, menurut pengumuman kelab Liga Perdana itu hari ini.

Pemain kebangsaan Jerman itu, yang tidak bermain dalam saingan Euro 2016 akibat kecederaan lutut, menjadi pemain pertama yang ditandatangani oleh bos baru Manchester City, Pep Guardiola sejak mengambil alih kelab tersebut daripada Manuel Pellegrini.

Pemain berusia 26 tahun itu, yang telah memenangi 16 penampilan bersama Jerman, menjaringkan empat gol, mengesahkan berita tersebut dalam satu video yang disiarkan dalam Twitter rasmi kelab itu.

“Hai para penyokong City. Kamu telah mentweet saya setelah sekian lama dan sekarang saya secara rasminya mengumumkan bahawa saya sudah jadi pemain Manchester City. Harap bertemu anda semua dalam masa terdekat,” kata Gundogan, yang mana kontraknya bersama Dortmund dijangka mansuh pada Jun 2017.

Gambar fail – Ilkay Gundogan didedahkan sebagai pemain pertama yang dibeli oleh Man City sejak Pep Guardiola mengambil alih. – AFP
Gambar fail – Ilkay Gundogan didedahkan sebagai pemain pertama yang dibeli oleh Man City sejak Pep Guardiola mengambil alih. – AFP

Gundogan, yang membuat 157 penampilan buat Dortmund dalam lima tahun, menambah pada mcfc.co.uk: “Saya teruja menandatangani bagi kelab Manchester City.

“Apabila saya mengetahui akan minat City, hati saya tekad untuk datang ke sini dan semua perkara telah berlaku dengan pantas.

“Saya suka akan masa saya ketika bersama Borussia Dortmund dan saya ingin berterima kasih kepada kelab dan para penyokong bagi lima tahun gembira yang saya luangkan di sana.

“Mereka memberikan satu platform untuk saya terus bermain dan saya menjadi pemain yang lebih baik kerana kepercayaan, kesabaran dan amanah yang mereka tunjukkan kepada saya.

“Sekarang saya mempunyai cabaran baru dan itu adalah untuk mengecapi perkara yang lebih baik bersama City. Peluang untuk bekerjasama dengan jurulatih seperti Pep Guardiola adalah sesuatu yang saya harapkan dan saya berbesar hati untuk menjadi pemain yang ditandatangani pertama oleh kelab tersebut musim ini. – AFP