Man City beli 49 juta pound Sterling

Man City beli 49 juta pound Sterling

LONDON, 13 Julai (Reuters) – Manchester City bersetuju membayar 49 juta pound untuk mendapatkan khidmat pemain sayap England, Raheem Sterling daripada Liverpool, menurut media British.

Pemain berusia 20 tahun itu tidak menyertai pasukan Liverpool yang berlepas untuk jelajah sebelum musim di Asia dan Australia selepas dinamakan dalam skuad itu. Dua tawaran City sebelum ini ditolak Liverpool.

Sterling, yang mempunyai kemahiran tinggi mengawal bola serta larian serangan pantas menyertai Liverpool dari akademi bola sepak Queens Park Rangers (QPR) pada 2010, kini menjadi salah seorang pemain muda yang semakin dikenali.

Dia menyertai pasukan kebangsaan England pada 2012 dan sudah pun menjaringkan satu gol daripada 16 penampilan.

Untuk Liverpool, dia menjaringkan 23 gol daripada 129 penampilan. Andy Carroll ketika ini masih menjadi pemain Inggeris termahal ketika menyertai Liverpool dari Newcastle dengan 35 juta pound (AS$56 juta) pada 2011.

Sterling menyertai Citizen dari Liverpool dengan bayaran 49 juta pound. – Reuters
Sterling menyertai Citizen dari Liverpool dengan bayaran 49 juta pound. – Reuters

Pengurus Liverpool Brendan Rodgers mengesahkan perpindahan pemain antarabangsa England, Raheem Sterling ke Manchester City dan sedang menunggu ujian perubatan.

Rodgers yang bercakap ketika sidang media di Thailand bagi membuka kempen jelajah pra-musim Asia dan Australia tidak memberikan sebarang maklumat terperinci mengenai perpindahan itu.

Begitupun, dia mengesahkan persetujuan sudah dicapai. “Situasinya amat mudah. Kelab sudah bersetuju dengan sebuah lagi kelab bagi perjanjian untuk Rahemm berpindah dan bergantung kepada ujian perubatan yang akan dilaluinya,” kata Rodgers.

Sterling ditinggalkan Liverpool di saat-saat akhir bagi siri jelajah Asia dan Australia yang turut membabitkan Malaysia sekalipun namanya sudah tersenarai dalam 30 pemain, semalam.

ARTIKEL YANG SAMA