Man City cantas empat tonggak

Man City cantas empat tonggak

LONDON, 9 Ogos – Pep Guardiola ini sedang berusaha untuk ‘membersihkan’ pemain yang tidak diperlukan di dalam skuad Manchester City sebelum berakhirnya jendela perpindahan pada akhir bulan ini.

Guardiola sudah membelanjakan 90 juta pound untuk mendapatkan pemain baharu sejak mengambil alih tugas di Etihad dengan urusan perpindahan John Stones akan dimuktamadkan pada minggu ini.

Pemain pertahanan Everton itu menyertai lapan muka baharu yang dibawa ke Etihad sekali gus membuatkan Guardiola terdesak untuk mencari kelab yang sanggup mendapatkan pemain sedia ada – Wilfried Bony, Samir Nasri, Jesus Navas dan Eliaquim Mangala.

Guardiola mengharapkan Stones mampu menggantikan Manggala, tetapi Everton dilihat tidak begitu terdesak untuk menjual pemain berkenaan bahkan mahu tawaran harga dinaikkan lebih 50 juta pound.

Skuad City kini berdepan masalah di bahagian pertahanan tengah apabila Vincent Kompany bergelut untuk mencapai tahap kecergasan terbaik manakala Nicolas Otamendi pula dibelenggu kecederaan. – Agensi