Man City ke separuh akhir Piala Liga

Man City ke separuh akhir Piala Liga

LONDON, 2 Dis (AFP) – Kevin De Bruyne menjaringkan dua gol ketika pendahulu Liga Perdana, Manchester City menewaskan Hull City 4-1 semalam untuk mendahului tiga pasukan teratas dalam separuh akhir Piala Liga.

De Bruyne menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Southampton Sabtu lalu dan dia meneruskan renak sama ketika pemenang 2014 itu mengetepikan Hull, dengan Wilfried Bony dan Kelechi Iheanacho juga menjaringkan gol.

Gerard Deulofeu menjadi bintang ketika Everton menang 2-0 di Middlesborugh dan Stoke City menewaskan Sheffield Wednesday 2-0 untuk memastikan empat pasukan terakhir Liga Perdana menjelang kunjungan Liverpool ke Southampton hari ini.

“Kami hanya mempunyai 72 jam untuk pulih (daripada perlawanan menentang Southampton). Jadi ia adalah jawapan yang bagus daripada semua skuad,” kata pengurus City, Manuel Pellegrini.

“Perkara penting adalah terlibat dalam semua persaingan pada peringkat ini. Kami begitu kuat dan kami tidak membenarkan Hull mendapat peluang menjaringkan gol.”

Kevin De Bruyne menjaringkan gol ketiga City semasa menentang Hull City dalam aksi Piala Liga di Stadium Etihad, semalam. – Reuters
Kevin De Bruyne menjaringkan gol ketiga City semasa menentang Hull City dalam aksi Piala Liga di Stadium Etihad, semalam. – Reuters

City membuat lima pertukaran untuk kunjungan Hull, pada masa ini berada di tempat keempat dalam Kejuaraan, dengan David Silva menjadi kapten pasukan di Stadium Etihad pada permulaan pertama selepas dua bulan berehat kerana masalah buku lali.

Sergio Aguero tidak beraksi setelah mengalami kecederaan dalam kemenangan ke atas Southampton, tetapi Bony memastikan dia tidak terlepas apabila membuka jaringan pada minit 12 selepas De Bruyne mengenai tiang gol.

Pellegrini selepas itu berkata Aguero dan penjaga gol Joe Hart, juga tidak beraksi menentang Hull, akan kembali di Stoke Sabtu nanti.

Iheanacho menggantikan Bony pada minit ke-71 dan menjaringkan gol sembilan minit kemudian, yang menjaringkan gol menerusi hantaran lintang Raheem Sterling.

Jaringan De Bruyne tiba lewat selepas penyerang dari Belgium itu mendapat kelebihan daripada kesilapan pertahan untuk menjaringkan gol pada minit ke-82 dan kemudian menyudahkan sepakan percuma ke bahagian atas gawang tiga minit sebelum tamat.