Man City mara ke final Piala Liga

Man City mara ke final Piala Liga

MANCHESTER, 28 Jan – Kevin De Bruyne wajar dikenang wira sejati apabila membantu Manchester City menewaskan Everton 3-1, pada saingan awal pagi tadi bagi membawa kelab itu ke final Piala Liga menentang Liverpool di Stadium Wembley pada 28 Februari depan.

Everton mendahului apabila memperoleh kelebihan 2-1 pada perlawanan timbal balik pertama, dengan Ross Barkley menjaringkan gol pada minit ke-18.

Fernandinho segera memberi mata penyamaan sebelum pemain gantian, De Bruyne menambah satu lagi mata sebelum membantu Sergio Aguero menjaringkan gol kemenangan dengan agregat 4-3 pada minit ke-76.

Bekas pemain sayap Wolfsburg itu bagaimanapun terpaksa diusung keluar padang selepas lututnya tercedera akibat bertembung dengan Ramiro Funes Mori. Mengulas mengenai gol yang dilakukan De Bruyne, Pengurus City, Manuel Pellegrini, berkata: “Itu bukanlah sebab kami menang. Kami menang kerana kami menjaringkan tiga gol dan Everton hanya memperoleh satu peluang.”

Kemenangan City itu menyebabkan Everton terlepas untuk berjumpa Liverpool, yang menewaskan Stoke City menerusi penalti, awal pagi semalam.

Kevin de Bruyne ketika meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. – Reuters
Kevin de Bruyne ketika meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. – Reuters

Bagaimanapun, Kevin de Bruyne berkemungkinan akan direhatkan buat masa yang panjang selepas diusung keluar apabila mengalami kecederaan ligamen dalam kemenangan separuh akhir Piala Liga itu.

Pemain dari Belgium itu diturunkan menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua dan berada dalam kedudukan instrumental dalam menukar perlawanan yang memihak City.

Dia menjaringkan gol yang membolehkan mereka mendahului 2-1 dan memberikan hantaran lintang bijak bagi Sergio Aguero untuk membuat tandukan dan memberikan City kemenangan menerusi agregat 4-3. De Bruyne mengalami kesakitan, apabila lututnya dilihat cedera pada minit ke-89 dan diusung dengan kakinya berbalut.

“Saya berasa optimis, dia tidak akan beraksi bagi selebihnya musim ini,” pengurus City, Manuel Pellegrini memberitahu BBC. “Kami akan melihat bagaimana pentingnya kecederaan itu. Ia bukanlah kecederaan ligamen yang penting.”

Pellegrini berkata doktor kelab tersebut merasakan ia masalah perubatan ligamen De Bruyne. “Kevin ialah pemain penting sepanjang musim,” katanya. “Esok kami akan mempunyai berita tetapi ia bukanlah kecederaan yang bagus.”

Kecederaan itu mempunyai impak signifikan terhadap kelab dan negara, dengan City masih bersaing dan Belgium layak bagi Kejuaraan Eropah di Perancis pada tahun ini. – Reuters